
PUTRAJAYA, 8 Februari – India komited memperkukuh kolaboratif bersama Malaysia terutama dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor.
- Kerjasama dua hala kukuh merentasi tenaga, infrastruktur dan pembuatan.
- Fokus kepada ekonomi digital, bioteknologi dan teknologi maklumat untuk tarik pelaburan bersama.
- Perkukuhan pelancongan dan pertukaran rakyat dengan rakyat turut dipertingkatkan.
Menurut Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerjasama antara kedua-dua negara kini menunjukkan momentum yang kukuh merentasi pelbagai sektor.
“Rakan saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam hal ini.
“Kerjasama kita dalam tenaga, infrastruktur dan pembuatan telah kukuh, manakala kerjasama dalam ekonomi digital, bioteknologi dan teknologi maklumat telah memacu pelaburan bersama yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar di sini hari ini.
Modi berkata pelancongan dan pertukaran rakyat dengan rakyat juga terus diperkukuh.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempertingkatkan lagi kerjasama tersebut.