fb fb fb fb fb

Indeks Perpaduan Negara meningkat

Zulkifli bercakap kepada media pada Majlis Penutupan Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 September - Indeks Perpaduan Negara (IPNas) meningkat daripada 0.567 kepada 0.629 tahun ini, menjadi petunjuk bahawa perpaduan rakyat Malaysia berada pada tahap terbaik.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Zulkifli Hashim berkata, peningkatan itu juga membuktikan isu perpecahan di peringkat nasional ketika ini tidak mempengaruhi rakyat.

"Kita jangka menjelang 2025, indeks ini akan meningkat kepada 0.7 maksudnya usaha ini telah dilaksanakan di peringkat akar umbi di mana akan menaikkan skor atau nilai indeks perpaduan ini", katanya selepas Majlis Penutupan Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam di Dewan Serbaguna Kampung Losong Atap Zin.

Program tersebut disertai 74 penjawat awam yang berasal dari Sabah, Sarawak serta Labuan bersama 30 keluarga angkat.

Program selama lima hari itu membolehkan mereka mempelajari pelbagai budaya hidup di Terengganu.

Trainee2