KUALA LUMPUR 3 Mei: Malaysia kini berada di kedudukan ke 88 menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 oleh Wartawan Tanpa Sempadan, RSF.
Walaupun purata skor kebebasan media di seluruh dunia jatuh di bawah 55 mata, Malaysia catat peningkatan positif apabila naik 19 anak tangga.
Jelas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, antara faktor utama kepada peningkatan tersebut ialah Akta Majlis Media Malaysia, MMM yang diluluskan di parlimen pada tahun ini.
Ia sekaligus mengambarkan usaha kerajaan MADANI untuk mengalakkan kewartawanan yang bebas, bertanggungjawab, dan profesional.
Tambah beliau lagi, langkah untuk memodenkan perundangan sedia ada sedang diambil.
"Akta Komunikasi dan Multimedia telah dipinda pada tahun 2024 untuk memperjelas beberapa isitilah penting, termasuk penegasan bahawa kandungan dalam bentuk sindiran, parodi atau fiksyen yang jelas tidak dikira sebagai maklumat palsu."
"Ini merupakan langkah bermakna bagi melindungi kebebasan berkarya dan komen yang sah dalam landskap unik negara kita", katanya menerusi hantaran di Facebook.