fb fb fb fb fb

Imigresen Johor tahan 32 pendatang asing di Kulai, Johor Bahru

Jabatan Imigresen Johor menahan seramai 32 pendatang asing

JOHOR, 20 Februari- Jabatan Imigresen Johor menahan seramai 32 pendatang asing di sekitar Kulai dan Johor Bahru menerusi Ops Selera dan Ops Sapu kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan kerana mereka tinggal lebih masa dan bekerja tanpa permit sah.

"Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima menyetakan terdapat beberapa warga asing bekerja tanpa permit yang sah serta tinggal lebih masa di Malaysia.

"Dalam operasi itu seramai 79 orang warga asing telah diperiksa dan 32 daripada mereka telah ditahan," kata kenyataan itu.

Semua tangkapan itu melibatkan 25 lelaki dan 14 wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan dua hingga 52 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Sementara itu seorang lelaki India disiasat bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

Bagaimanapun Jabatan Imigresen Johor menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI