Ikhtiar damai cermin kematangan rakyat

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Pengerusi Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N.Sivakumar pada program Harmoni MADANI, semalam/foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Mac – Usaha perdamaian yang digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili badan Islam dan Hindu sebagai cerminan kematangan rakyat dalam memilih jalan damai serta menolak perpecahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyambut baik inisiatif perdamaian, mengangkat semangat saling menghormati antara kaum.
  • Anwar tekankan nilai ihsan, kebersamaan dan hormat sebagai roh sebenar Malaysia yang mesti dipelihara.
  • Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk PDRM yang menjayakan usaha perdamaian.
  • Diharap ikhtiar ini terus menyatukan rakyat dan menjadi teladan memperkukuh perpaduan nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambut baik ikhtiar perdamaian itu berkata inisiatif berkenaan turut mengangkat semangat saling menghormati antara kaum.

Menurut beliau, inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.

“Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha berkenaan.

Beliau juga berharap ikhtiar ini terus menyatukan rakyat Malaysia dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional.