PUTRAJAYA, 19 Januari- Sistem Pengurusan Identiti (iDME) dipantau setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sistem berkenaan sedang ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memudahkan guru melakukan proses pentaksiran murid.
"Memang proses tambah baik iDME kita laksanakan dari semasa, kita pantau dengan ketat kerana kita tahu proses ini guru-guru yang menggunakan atau klien kita yang utama menggunakan sepenuhnya untuk tujuan berkaitan dengan pentaksiran anak-anak kita, jadi memang kita pantau setiap jam untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik. pemantauan ini cukup ketat dan penambahbaikan kita buat dari semasa ke semasa", katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya.
Semalam Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa KPM melihat semula penggunaan iDME dengan melaksanakan ujian sebelum mengeluarkan arahan kepada guru.
iDME merupakan sistem yang dibangunkan KPM bagi membolehkan warga pendidik mengakses beberapa aplikasi yang ada dengan lebih mudah.