fb fb fb fb fb

Identiti tiga mangsa rentung terbakar dikenal pasti

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya memadam kebakaran di Kampung Oren, Ulu Tiram

JOHOR BAHRU, 17 Januari- Identiti tiga mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Oren, Ulu Tiram di sini sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Sohaimi Ishak berkata kesemua mangsa terlibat merupakan seorang warga emas bersama anak dan cucunya.

Mangsa yang ditemukan rentung ialah Ng Geok Choo, 63 tahun, Lee Chiw Yong, 30 tahun (anak) dan Chen Si Jing, 11 tahun (cucu).

Sementara itu menerusi tinjauan RTM di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira 20 ahli keluarga terdekat dan sahabat berada di luar unit forensik bagi menunggu bedah siasat selesai.

Bagaimanapun tiga anak perempuan warga emas tersebut yang turut berada di lokasi tidak bersedia untuk ditemu ramah kerana masih bersedih dan terkejut dengan kejadian itu.

Seorang lagi mangsa terselamat, Chen Yu Rong, 12 tahun yang mengalami kecederaan tiga peratus di bahagian tangan kini mendapat rawatan HSI.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI