fb fb fb fb fb

Ibu Fadhlina meninggal dunia

Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.

Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan melalui hantaran di laman Facebook Fadhlina pada 9.52 pagi tadi.

Katanya, pengurusan jenazah dijangka dibuat di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, dekat Selangor.

"Sama-sama kita mendoakan agar roh Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Sesungguhnya, Allahyarham seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.

"Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini," katanya, hari ini.

Semalam Fadhlina memaklumkan ibunya telah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan rapi sejak 13 Jun yang lalu.

GRACE AISYAH KEDAYAN