MERSING, 20 Disember - Dua beranak maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan, di Kilometer 20 Jalan Nitar- Mersing kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Mangsa, Zubaidah Zakaria, 32 tahun dan anaknya, Uwais Rayyan Mohamad, 4 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 40 tahun hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Supritendent Abdul Razak Abdullah Sani menerusi kenyataannya berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Felda Nitar menuju ke bandar Mersing hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing, sebelum dilanggar lori dari arah bertentangan.
Akibat pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa cedera parah di kepala.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.