fb fb fb fb fb

Ibu bapa dinasihat pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah

Foto KEDAH Royal Family

ALOR SETAR, 13 Disember- Ibu bapa perlu memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak terutamanya ketika meningkat remaja.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak masing-masing.

"Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberi pengaruh yang besar terhadap tingkah laku dan masa depan anak-anak.

"Ini kerana anak-anak lebih mudah dipengaruh oleh rakan sebaya dalam tindak-tanduk atau kelakuan mereka," titah Tengku Sarafudin Badlishah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Alor Setar, hari ini.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Pada majlis itu, Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah turut perkenan mengurniakan anugerah-anugerah kecemerlangan kepada kira-kira 88 orang penerima yang terdiri daripada pelajar, guru, dan alumni yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM