fb fb fb fb fb

Ibadah korban Masjid RTM, daging korban diagihkan kepada penduduk sekitar, petugas RTM

(Majlis ibadah korban yang dilaksanakan di Masjid Muhammadi, Angkasapuri)

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Kemeriahan Sambutan Aidiladha terus dirasai. Tidak terkecuali, di Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

Majlis ibadah korban itu turut disertai, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Program tahunan itu dijayakan lebih 80 kakitangan Jabatan Penyiaran dan warga Pantai Dalam.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Mampu merapatkan silaturrahim, mengukuhkan ukhwah terutama dalam kalangan kakitangan mahupun pelajar. Saya difahamkan ada pelajar-pelajar dariapda Universiti Malaya datang untuk serta termasuk juga warga Lembah Pantai. Jadi saya terkejut juga, alhamdulilah dapat merapatkan dan ini sangat positif dan baik, saya amat mengalu-alukan", kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menurut Pengerusi Masjid Muhammadi Angkasapuri, Datuk Mohd Irwan Mansur, sebanyak 11 ekor lembu dan lima ekor kibas dikorbankan untuk diagihkan kepada 300 masyarakat sekitar dan petugas RTM.

"Ini adalah sumbangan dari pegawai dan kakitangan RTM. Kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang bersama-sama kita hari ini dan beliau juga menyumbangkan seekor lembu", katanya.

Mereka ditemui dalam Majlis ibadah korban, Masjid Muhammadi Angkasapuri.

Media Baharu