fb fb fb fb fb

Ibadah Korban di Perlis santuni golongan memerlukan

(FOTO RTM)

KANGAR, 2 Julai- Ibadah korban yang memasuki hari keempat terus rancak dilaksanakan di Perlis.

Program Qurban Perdana telah diadakan melibatkan lima kawasan Dewan Undangan Negeri bagi Parlimen Kangar iaitu Bintong, Sena, Indera Kayangan, Kayang dan Kuala Perlis.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata setiap DUN menerima dua ekor lembu bagi ibadah korban.

"Alhamdulilah program ini telah diadakan secara konsisten setiap tahun.

Kita berharap ia akan diteruskan lagi. Secara sunnahnya kita tidak lupa kepada golongan yang memerlukan", katanya yang ditemui media dalam program berkenaan di Kampung Repoh di sini.

Sementara itu, ibadah korban turut dilaksanakan Pusat GiatMARA Perlis, dengan seekor lembu turut dikorbankan di sedekah kepada 100 orang asnaf.

Pengarah GiatMARA, Harun Radzi berkata program tersebut tidak hanya menyantuni golongan yang memerlukan tetapi juga turut mengeratkan hubungan Ukwah kakitangan GiatMara.

"Program ibadah Korban ini bukan sahaja bersifat CSR, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama kakitangan", katanya yang ditemui selepas program berkenaan.


(Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya)

Media Baharu