fb fb fb fb fb

Hutang isi rumah cecah RM1.57 Trilion, kerajaan disaran hadkan nisbah

Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Disember - Hutang isi rumah negara meningkat kepada RM1.57 trilion setakat Jun lalu, berbanding RM1.53 trilion pada akhir tahun 2023.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda mencadangkan kerajaan menghadkan nisbah hutang isi rumah meskipun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan penurunan.

Beliau berkata, bagi menangani isu tersebut, pelaksanaan Akta Kredit Pengguna (CCA) dijangka dibentangkan pada penggal persidangan Parlimen akan datang.

"Akta Kredit Pengguna ini bermakna kerajaan akan mengeluarkan satu garis panduan serta menubuhkan satu badan untuk mengawal selia penyedia pinjaman seperti sistem 'Buy Now Pay Later' yang semakin berleluasa dan menarik perhatian orang muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN