fb fb fb fb fb

Hujan sangat lebat tahap bahaya di Pahang, Johor pada Ahad

(Hujan sangat lebat berterusan tahap bahawa diramal di Pahang ialah Rompin
manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing./FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahand dan Johor hari ini (Ahad).

Melalui kenyataan yang dikeluarkan MET pada 9.50 malam tadi kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

Manakala hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di tiga kawasan di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta di beberapa daerah di Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

(Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahand dan Johor hari ini/FOTO BERNAMA)

Media Baharu