fb fb fb fb fb

Hujan lebat lebih tiga jam, 33 rumah dilanda banjir

Foto JBPM Bau

BAU, 23 Januari- Hujan lebat selama lebih tiga jam di Kampung Stass, Bau mengkibatkan 33 buah rumah dilanda banjir kilat, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Zainudin Ngatdemon, kebanyakan penduduk enggan berpindah walaupun paras air meningkat kerana telah terbiasa dengan situasi tersebut.

"Penduduk dinasihatkan agar terus berpindah, sekiranya air terus naik  kerana ia boleh mengancam keselamatan," katanya ketika dihubungi pemberita RTM.

Tambahnya, akses ke kampung tersebut turut terputus apabila laluan masuk dilimpahi air sedalam enam kaki, sekali gus menyukarkan pihak bomba untuk sampai ke lokasi.

"Pihak bomba telah membentuk satu kumpulan di aplikasi media sosial bagi memastikan maklumat terkini dapat disalurkan. Ia melibatkan agensi penyelamat dan ketua masyarakat setempat," katanya lagi.

Tambahnya, tiada pusat pemindahan sementara yang diaktifkan, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut serta bersedia untuk sebarang kemungkinan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM