Hujan lebat diramal di tujuh negeri hingga 12 tengah hari

Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 12.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang; Pahang: Cameron Highlands.
  • Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang; Negeri Sembilan: Port Dickson; Melaka: seluruh negeri.
  • Johor: Tangkak, Muar; Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sebauh di Bintulu.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands.

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang, selain Port Dickson di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka.

Johor turut dijangka terjejas melibatkan Tangkak dan Muar, manakala di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan serta Sebauh di Bintulu.