KUALA LUMPUR, 23 Januari- Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ia membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
"Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok juga dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
"Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan," menurut kenyataan itu.