KUALA LUMPUR, 17 November - Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini hingga 20 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Di Pahang, kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu.