fb fb fb fb fb

Hujan berterusan tahap waspada di Mersing dan Kota Tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor hingga esok.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini, ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah hingga Ahad.

"Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan serta berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua pula melibatkan Condore & Reef North (di perairan antara Sabah dan Vietnam) hingga Isnin depan," kata kenyataan itu.

Amaran kategori pertama melibatkan pulau Tioman di Pahang, Samui (di Thailand), dan Bunguran (di Indonesia) berkuat kuasa esok hingga Sabtu.

"Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI