PETALING JAYA, 9 Januari- Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa negeri bermula esok hingga Ahad ini.
Amaran itu melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan terlibat adalah Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), manakala di Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin)
Amaran sama turut melibatkan negeri Melaka, Johor dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.