fb fb fb fb fb

Hujan berterusan, beberapa kawasan di Sabah dinaiki air

(Hujan lebat sejak jam 3.00 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di
sekitar pusat bandaraya dan Penampang dilanda banjir kilat hari ini/BERNAMA)

KOTA KINABALU, 9 Oktober- Hujan berterusan sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan Sabah, dinaiki air.

Antaranya Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Beberapa jalan utama juga dinaiki air menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Di Kg. Mansiang Manggatal Kota Kinabalu, sembilan penduduk terperangkap selepas dua buah rumah dinaiki air.

Mereka berjaya dipindahkan ke tempat selamat selepas menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu di Papar, satu keluarga melibatkan lapan kanak-kanak dan empat lelaki dewasa di Kg. Kinuta diarah berpindah ke rumah keluarga berhampiran berikutan dinding bilik dan dapur rumah mereka pecah akibat tanah runtuh.

Tanah runtuh turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Langkawit Papar, tetapi tiada mangsa terjejas.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Pusat Kawalan Operasi Daerah Papar sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Masyarakat Papar sebagai persediaan menempatkan penduduk terjejas.

(Hujan berterusan, beberapa kawasan di Sabah dinaiki air)

Media Baharu