SHAH ALAM, 21 April-Hubungan antara parti dalam Kerajaan MADANI adalah sangat kukuh dan mantap, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, setiap parti bawah naungan kerajaan sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut.
"Setakat ini belum ada petanda keretakan kecil sekalipun, antara PH (Pakatan Harapan), UMNO-BN (Barisan Nasional), Sabah dan Sarawak.
“Yang ada hanya gerombolan-gerombolan 'desperados' yang cuba adu domba dan saya beri tahu mereka good luck and goodbye, it will not works.”
“Bagi saya kerajaan ketika ini masih mantap dan kukuh,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.
Tambah Anwar, semua pemimpin dalam Kerajaan MADANI tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, sekiranya terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.