fb fb fb fb fb

Hubungan erat Malaysia-Indonesia perlu terus diperkukuh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia berlandaskan pada sejarah, bahasa dan budaya perlu terus diperkukuh, terutama dalam sektor ekonomi, pelaburan, pendidikan dan industri pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan kepentingan persefahaman diperingkat kepimpinan dan jabatan berkaitan bagi memastikan segala perjanjian dan kerjasama yang dimeterai dapat direalisasikan.

Antaranya, pemerkasaan kerjasama antara Petronas dan Pertamina dalam sektor minyak serta penerokaan peluang baharu dalam bidang perniagaan.

"Hal itu akan berlaku sekiranya ada persefahaman, kedekatan, keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan pimpinan dan pasukan pimpinan.

"Kedua-dua kami mengucapkan terima kasih dan telah beri arahan jelas kepada rakan-rakan negeri dan jabatan terkait, selain sektor swasta untuk meningkatkan memastikan apa yang kita sepakati dimeterai secepat mungkin.

"... diantara contoh terbaik adalah komitmen kita memastikan kerjasama Petronas dan Pertamina, dua syarikat minyak gergasi di rantau ini supaya lebih sepakat untuk meneroka aliran baharu dan juga bidang perniagaan baru", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Presiden Prabowo di Menara Berkembar Petronas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang disifatkan sebagai sahabat setia dalam mengharungi pelbagai cabaran bersama.

ROSLINA BINTI DIN