fb fb fb fb fb

HSN Peringkat Negeri Terengganu 2025 meriah dengan pelbagai aktiviti

Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025

KUALA NERUS, 11 Oktober - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025 menerima penyertaan pelbagai golongan khususnya wanita, kanak-kanak, warga emas dan komuniti orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia disifatkan sebagai usaha memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuh konsep Malaysia MADANI.

"Penghargaan diucapkan kepada Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang menjayakan HSN 2025.

"Diharapkan semangat bersukan dapat terus dipupuk dan disemarakkan sepanjang tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025, di sini.

Program bertemakan 'Malaysia Aktif' turut menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk Kayuhan MADANI 30 km, Larian Ria 5 km, Cabaran Memanah 3D, Ping Pong Berpasukan, dan Kejohanan Tarik Tali Terbuka.

Dalam pada itu, KBS memperuntukkan RM2.3 juta bagi menaik taraf kemudahan sukan di negeri itu termasuk penambahbaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Litar Latihan MotoGP & Pocketbike, serta pembinaan gelanggang futsal piawaian FIFA di Gerbang Sukan Negeri Terengganu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI