fb fb fb fb fb

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka siap 2031

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem.

AYER KEROH, 20 Mei - Projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka menerima peruntukan tambahan sebanyak RM27 juta, menjadikan kos keseluruhan kini mencecah RM723 juta.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kelulusan tambahan itu diterima daripada Kementerian Ekonomi menerusi surat bertarikh 9 Mei lalu.

Menurut beliau, projek berkenaan melibatkan 57 prosedur teknikal yang perlu dipatuhi sebelum boleh dimulakan, memandangkan nilainya melebihi RM700 juta.

Sejak pengumuman peruntukan dalam Bajet lalu, pelbagai mesyuarat telah diadakan dan syarat-syarat tambahan turut ditetapkan oleh pihak berkaitan, yang perlu dipenuhi satu demi satu.

Proses pelaksanaan juga perlu mematuhi jadual yang ditetapkan secara bulanan, termasuk kelulusan tender sebelum pembinaan sebenar dapat dimulakan.

Pembinaan dijangka bermula tahun depan dan akan mengambil masa lima tahun sebelum siap sepenuhnya pada tahun 2031.

Hospital itu akan dibina di tapak bekas Kolej Kejururawatan Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN