fb fb fb fb fb

Hospital Tabung Haji, pusat rawatan pertama dibenarkan beroperasi

MADINAH, 30 Mei- Pusat Rawatan atau Hospital Tabung Haji di Madinah telah mendapat kebenaran beroperasi semasa musim haji kali ini.

Ia menjadikan Malaysia sebagai negara pertama menerima permit tersebut daripada kerajaan Arab Saudi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata antara kelayakan membolehkannya menerima kebenaran tersebut adalah persediaan daripada segi fasiliti dan kepakaran diberikan.

"Kelayakan itu turut melihat kepada kemudahan ambulans, kemudahan daripada segi 'floor plan' keluar masuk pesakit dan mereka juga melihat daripada segi jumlah kepakaran yang disediakan," katanya kepada pemberita di sini.

Syed Saleh berkata kebenaran itu diterima selepas melalui proses pemeriksaan ketat melibatkan peraturan serta syarat-syarat oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Tahun lalu, Malaysia juga muncul negara pertama memperoleh kebenaran beroperasi membabitkan operasi kesihatan di Madinah serta Makkah.


(Tahun lalu, Malaysia juga muncul negara pertama memperoleh kebenaran
beroperasi membabitkan operasi kesihatan di Madinah serta Makkah)

Media Baharu