KUANTAN, 9 Mei- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) merancang memperkenalkan janji temu secara digital pada Julai ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Ir Razali Kassim, inisiatif itu bagi mengatasi masalah kesesakan tempat letak kereta di kawasan parkir di hospital berkenaan khususnya pada waktu puncak.
"HOSHAS turut merancang memperkenalkan kaedah temujanji secara digital melalui aplikasi HOSHAS yang telah dibangunkan. Ia bagi memudahkan pesakit serta waris pesakit membuat pengesahan kehadiran ke klinik pakar tanpa perlu tergesa-tergesa hadir di hospital pada awal pagi.
"Aplikasi ini dijangka akan dapat digunakan pada awal Julai 2024 setelah mendapat kelulusan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, Ir Razali Kassim, HOSHAS turut mengadakan kawalan kemasukan kenderaan oleh waris serta pesakit, menerusi kaedah temujanji berperingkat di Klinik Pakar iaitu pesakit hanya boleh mendaftar 30 minit lebih awal sebelum waktu temujanji.
Selain itu, kawalan dalaman untuk kakitangan hospital tersebut turut dilakukan bagi mengatasi masalah parkir bagi memberi kemudahan kepada waris pesakit meletak kenderaan.