fb fb fb fb fb

Hormati tonggak perkhidmatan awam berpengalaman

(FB Anwar Ibrahim )

PUTRAJAYA, 29 November- Bakal menteri yang akan dilantik ke dalam Kabinet dinasihatkan agar menghormati dan menerima pandangan setiap pegawai perkhidmatan awam terutamanya yang berpengalaman dalam bidang pengkhususan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan seseorang menteri dicapai melalui tonggak perkhidmatan yang membantunya.

"Kalau pun saya membuat apa-apa cadangan balas atau teguran hanya setelah saya menghadam apa yang telah berlaku berdasarkan pengalaman mereka. 

"Kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan pengalaman. Sebab itu saya akan menasihati juga rakan-rakan yang akan dipilih sebagai menteri insya-Allah dalam masa singkat, masa zaman bergelora ini untuk menghormati proses itu.

"Jadi saya nak beri jaminan bahawa sistem tonggak perkhidmatan itu kekal tapi dengan maksud ada minat untuk selalu mengangkat martabat insan, martabat perkhidmatan awam," kata Anwar ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Perdana Putra, di sini.


(Datuk Seri Anwar berkata hormati tonggak perkhidmatan awam berpengalaman/FB Anwar
Ibrahim )

Media Baharu