fb fb fb fb fb

HMA2024 tarik penyertaan 1,000 pengamal muzium ke Pulau Pinang

Wong Hon Wai berucap pada Majlis Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA2024) di Town Hall, Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 28 April- Seramai 1,000 pengamal muzium seluruh negara dijangka hadir ke Pulau Pinang sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA2024) yang akan berlangsung Mei ini.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata sasaran sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung akan melibatkan diri dalam program yang dijalankan selama 12 hari itu.

Menurutnya, pelbagai pengisian aktiviti  secara menyeluruh akan dibawakan dalam program berkenaan.

Jelas beliau, program itu juga dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa yang sekali gus meningkatkan industri pelancongan negeri.

"Sama-sama kita boleh bawa mereka untuk merasai kecantikan negeri Pulau Pinang yang telahpun mempunya gelaran Tapak Warisan UNESCO untuk George Town dan Tapak Rizab Biosfera UNESCO di Bukit Bendera,"katanya.

Beliau berkata demikan selepas Majlis Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA2024) di Town Hall, Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE