fb fb fb fb fb

Hina Islam: YADIM buat laporan polis terhadap Ganesparan Nadaraja

Foto FB yadimmalaysia

JOHOR BAHRU, 28 Mac - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,(YADIM) membuat satu laporan Polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook Ganesparan Nadaraja yang memuat naik video menghina agama Islam baru-baru ini di Balai Polis Tampoi hari ini.

Yang DiPertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata laporan dibuat pada pukul 2.34 petang itu bertujuan untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan.

"Saya melihat bukan hanya penghinaan pada sultan itu memang tidak wajar, tetapi juga kepada perkataan-perkataan tidak senonoh yang ditujukan kepada beberapa orang yang lain dan juga maki hamun dan itu bukan ciri-ciri rakyat Malaysia sebenarnya tetapi kita tahu barangkali dia rakyat Malaysia.

"Tindakan perlu diambil terhadapnya", kata Hasanuddin pada sidang media di perkarangan Balai Polis Tampoi, di sini.

Laporan tersebut dibuat oleh Pengarah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Johor merangkap Pengarah YADIM Johor, Muhammad Ammar Abdullah, ditemani Yang DiPertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang individu menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu 3R melibatkan agama, raja dan bangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD