fb fb fb fb fb

Hina Institusi Diraja: Fahmi serah kes kepada Jabatan Peguam Negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya susulan kes lapan individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu dan jelik di media sosial berkaitan Institusi Diraja khususnya melibatkan Majlis Raja-Raja.

"Orang yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai Majlis Raja-Raja telah dipanggil, dirakam percakapan, dan peranti mereka disita untuk tujuan forensik digital.

"Sekiranya pihak Jabatan Peguam Negara merasakan bahawa kertas-kertas bukti ini cukup untuk dibawa ke muka pengadilan, maka itu adalah proses seterusnya.

"Jadi, peringatan untuk semua, sila berhati-hati dalam kita menerima dan membaca sebarang maklumat, terutama di media sosial.

"Sila elakkan menyebarkan berita yang tidak disahkan," katanya selepas menyempurnakan program Temu Anak Muda anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil dan mengambil keterangan lapan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM