fb fb fb fb fb

Himpunan antirasuah di ibu negara terkawal

Hampir 400 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditugaskan untuk mengawal kawasan sekitar Sogo Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Himpunan bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ di ibu negara, hari ini berlangsung dalam keadaan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Hampir 400 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditugaskan untuk mengawal kawasan sekitar Sogo Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka.

Pihak penguat kuasa memulakan pemantauan seawal pukul 1.00 tengah hari bagi memastikan keselamatan serta kelancaran aliran trafik di kawasan terbabit. 

Berdasarkan tinjauan, dianggarkan hanya lebih 100 peserta menyertai himpunan berkenaan yang bermula di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, kira-kira pukul 2.00 petang tadi sebelum berarak ke Dataran Merdeka dan bersurai pada 4.30 petang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI