fb fb fb fb fb

Hilang 9 hari, remaja perempuan ditemukan selamat di Cheras

Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani, 17, ditemui di sebuah restoran di Cheras malam tadi

SEPANG, 7 Januari - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu, sudah ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, polis berjaya menemui Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani, 17, di Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.

"Sekitar pukul 11.15 malam, polis berjaya menemui remaja terbabit di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah rakannya.

"Remaja itu telah diserahkan kepada ibu bapanya malam tadi dalam keadaan baik.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga mangsa dijumpai semula,” katanya dalam kenyataan di sini.

Media pada Sabtu melaporkan, polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan remaja terbabit yang dilaporkan hilang oleh ibu saudaranya pada 31 Disember lalu.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang sejak Februari tahun lalu.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik rumah kerana perselisihan faham keluarga.

GRACE AISYAH KEDAYAN