fb fb fb fb fb

Hibiscus Petroleum sumbang Zakat Wakalah kepada 30 anak yatim dan asnaf JKM Labuan

Sumbangan disampaikan Ketua Perhubungan Komuniti dan Kerajaan Hibiscus Petroleum Sdn Bhd, Datuk Eddie Abdullah

LABUAN, 21 November- Seramai 30 anak yatim dan asnaf bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan menerima sumbangan Zakat Wakalah daripada syarikat minyak dan gas, Hibiscus Petroleum Sdn Bhd.
 
Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Perhubungan Komuniti dan Kerajaan syarikat berkenaan, Datuk Eddie Abdullah.
 
Beliau berkata, Labuan merupakan lokasi keempat sumbangan itu disampaikan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mana tiga lokasi yang lain telah dilaksanakan di Sabah.
 
Sementara itu, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Mohd Iqbal Mohd Nuri yang mewakili Pengarah JKM Labuan Ansharey Matarsad berkata, pihaknya sentias mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja khususnya di wilayah ini melaksanakan kerja-kerja keabjikan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang disasarkan.
 
"Harapan saya demi menjunjung aspek tanggungjawab kebajikan adala kami menggalakkan kepada semua syarikat-syarikat, GLC, badan berkanun, organisasi, individu perorangan untuk bersama-sama menjalankan kerja-kerja kebajikan, kerja-kerja komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan,"kata Mohd Iqbal.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Labuan selepas majlis penyampaian sumbangan di Dewan JKM Labuan.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE