fb fb fb fb fb

Hezbollah serang askar Israel menyeberang sempadan Lubnan

FOTO HIASAN

BEIRUT, 15 April- Hezbollah hari ini memberitahu pihaknya telah meletupkan alat letupan yang menyasarkan tentera Israel yang dikatakan telah menyeberang ke wilayah Lubnan.

Tentera Israel berkata empat askarnya cedera dalam satu letupan di kawasan sempadan utara.

Salah seorang askar dilaporkan mengalami cedera parah.

Ia adalah kali pertama Hezbollah mengaku melakukan serangan sedemikian dalam enam bulan pertempuran rentas sempadan antara kumpulan yang disokong Iran dan Israel sejak perang di Gaza meletus.

Pejuang Hezbollah "menanam bahan letupan di kawasan Tal Ismail" di dalam Lubnan, meletupkannya selepas tentera Israel "melintasi sempadan", kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan memuncak berhubung serangan peluru berpandu dan dron Iran ke atas Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan maut ke atas konsulat Tehran di Damsyik.

Keganasan yang berlaku antara Israel dan Hezbollah sebahagian besarnya telah dibendung ke kawasan sempadan.

Ia telah membunuh sekurang-kurangnya 364 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah.- AFP.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE