JOHOR BAHRU, 14 April- Semua pihak diseru menghentikan sebarang prasangka terhadap pemimpin negara, terutamanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, ia susulan tindakan seorang individu yang memuat naik hantaran di platform Facebook, menyatakan tidak mendoakan baginda dan keluarga diraja selepas solat Jumaat.
"Tindakan itu dilihat sebagai satu provokasi kepada bangsa Johor yang cintakan perpaduan serta kedamaian.
"Rakyat Johor berharap masyarakat luar dapat menjaga adab dan tatasusila untuk tidak membangkitkan serta memainkan sentimen negatif.
"Bangsa Johor juga menolak pelampau politik yang seharusnya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam negara ini," katanya menerusi kenyataan.