fb fb fb fb fb

Hentian sebelah Lagong arah utara ditutup empat bulan bermula 29 April

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 April- Hentian Sebelah Lagong Arah Utara di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup selama empat bulan bermula 29 April ini bagi kerja-kerja baik pulih.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, susulan penutupan itu semua kemudahan seperti tandas awam dan surau di hentian itu juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

Kerja-kerja baik pulih itu merupakan komitmen berterusan Prolintas dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya. 

"Sebagai alternatif pengguna Lebuhraya GCE disaran menggunakan fasiliti dan kemudahan di hentian berdekatan seperti di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang Arah Utara (PLUS) atau R&R Kundang Barat (LATAR)," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh terus dihubungi menerusi talian hotline Prolintas di 1800-22-8888 atau menghantar e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI