fb fb fb fb fb

Henti keganasan di Palestin, MBM serah memorandum kepada kedutaan AS

Presiden Majlis Belia Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menyerahkan memorandum kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, untuk menyatakan solidariti terhadap penduduk Palestin akibat kekejaman Israel.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranannya dengan lebih agresif dalam melindungi nyawa orang awam, khususnya di Gaza.

"Kita menyatakan sekali lagi pendirian jelas kita, kita bertemu dan serahkan memorandum ini kepada Christopher iaitu sebagai kaunselor politik di kedutaan AS dan kita telah menyatakan sekali lagi pendirian jelas kita supaya AS menghentikan sebarang bentuk bantuan dan sebagai penggerak kepada genosaid ini, itu kenyataan jelas kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut di kedutaan Amerika Syarikat, di sini.

Ahmad Fahmi turut menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan tidak belah bahagi, terhadap rakyat Palestin.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN