
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pengarah hospital dan ketua jabatan telah diarahkan mengambil tindakan segera terhadap sebarang budaya toksik di hospital, termasuk buli dan salah laku seksual.
- Setiap aduan mesti disiasat segera tanpa melindungi sesiapa, selaras dengan pekeliling perkhidmatan JPA.
- Pekeliling melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun dan penghinaan terbuka dalam kalangan penjawat awam termasuk petugas kesihatan.
- Tindakan tegas diambil terhadap salah laku seksual, termasuk pemecatan individu yang terlibat.
- Langkah itu melindungi pegawai perubatan pelatih, pegawai perubatan dan jururawat demi keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setiap aduan wajib disiasat segera tanpa melindungi mana-mana individu selaras dengan pemerkasaan pekeliling perkhidmatan sedia ada yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pekeliling berkenaan antara lain melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun dan penghinaan secara terbuka dalam kalangan penjawat awam termasuk petugas kesihatan.
“Terdapat kes pecat ketua jabatan kerana melibatkan salah laku seksual terhadap house officer dan medical officer. Beliau menegaskan bahawa suasana kerja perlu adil, harmoni, dan menghormati martabat setiap individu, termasuk jururawat dan pasukan perubatan lain.
“Kita mahu wujudkan suasana kerja yang selamat dan profesional. Perunding kanan dan ketua jabatan tidak boleh pandang ringan terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa,” kata di Dewan Negara hari ini.
Menurut beliau lagi, langkah berkenaan penting untuk melindungi pegawai perubatan pelatih, pegawai perubatan dan jururawat agar dapat menjalankan tugas dengan baik sambil mengekalkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan pesakit.