
PUTRAJAYA, 13 Februari – Hasil lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia dijangka memberi limpahan positif dalam sektor pelancongan dan ekonomi negara.
- Lawatan rasmi PM Modi hasilkan beberapa MoU yang mencerminkan hubungan baik Malaysia-India.
- Hubungan erat dijangka memacu peningkatan perdagangan antara kedua-dua negara.
- Limpahan positif dijangka meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata menerusi lawatan itu, beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dan ia mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua negara.
“Hasil daripada lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, sejumlah MoU telah ditandatangani.
“Hubungan yang baik dan erat antara kedua-dua negara dilihat dapat memacu perdagangan antara kedua-dua negara dan juga hubungan antara Malaysia dan India.
“Kita jangka limpahan sama ada daripada segi pelancongan ataupun dari segi ekonomi dijangka positif untuk Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini.