fb fb fb fb fb

HASiL laksana operasi khas lawatan banci bisnes 'Ops Stardust Kuala Lumpur'

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melaksanakan Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes 'Ops Stardust Kuala Lumpur' bagi mengenal pasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka.

Lawatan Banci Bisnes (LBB) itu diadakan selama dua hari bermula pada 26 Februari di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehingga cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.

Menerusi LBB, pegawai HASiL akan menyampaikan info-info berkaitan percukaian untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan peniaga.

Segala hasil penemuan maklumat yang diperolehi akan disemak dengan teliti dan tindakan audit atau siasatan akan dijalankan ke atas individu, perniagaan dan syarikat yang cuba mengelak daripada melaporkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya, samada warga tempatan mahupun asing.

Tindakan pematuhan secara berterusan juga akan dibuat termasuk mengenakan penalti dan tindakan pendakwaan sekiranya didapati para peniaga gagal melaporkan jumlah pendapatan dan melanggar undang-undang percukaian.

Menerusi pelaksanaan program tersebut, HASiL berharap aktiviti mengelak cukai dapat dibendung sekali gus dapat menyumbang kepada kelestarian ekosistem percukaian negara.

TETITIA YUSOFF