KUALA LUMPUR, 1 April- RTM yang kini berusia 78 tahun, terus bergerak ke hadapan dengan pelbagai pembaharuan.
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, saluran RTM kini mempunyai peminatnya sendiri tidak kira golongan usia muda mahupun tua.
"Kami tidak hanya muncul kepada kumpulan tertentu, kami juga menyiarkan kepada orang tua serta orang muda. Selain itu, kami menggunakan semula kandungan kami dalam media sosial atau dalam platform digital kami yang mempunyai sisi penonton yang berbeza. Contohnya, Bintang RTM. Apabila anda menonton di televisyen, kami meraih antara 1.4 hingga 1.7 juta tontonan hanya di televisyen."
"Namun, apabila kami menggunakan semula kandungan anda dan meletakkannya di digital, kami mendapat 7.2 juta orang yang menonton di platform yang berbeza supaya kami akan terus bergerak ke hadapan. Keutamaan kami adalah untuk memahami citarasa penonton," kata Datuk Suhaimi kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia sempena Hari RTM ke-78, di Angkasapuri Kota Media, hari ini.
Datuk Suhaimi turut memuji usaha keras warga kerja RTM yang sentiasa mempamerkan komitmen tinggi dalam memastikan RTM, kekal menjadi salah sebuah organisasi penyiaran terbaik di Malaysia.
Dalam pada itu, platform RTMKlik kini meraih capaian jumlah pengikut sebanyak 5.1 juta pelayar dan menyasarkan lebih lagi pada masa akan datang.