fb fb fb fb fb

Hari Raya Aidilfitri disambut lusa, 22 April

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 20 April- Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan lusa pada 22 April 2023 bersamaan hari Sabtu.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di TV1 sebentar tadi.

Penetapan tarikh 22 April 2023 sekali gus menamatkan desas-desus umat Islam Malaysia akan sekali lagi merayakan sambutan itu lebih awal seperti tahun lalu.


(Foto hiasan)

Media Baharu