KUALA LUMPUR, 1 Mei- Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi kalendar 1443 Hijrah pada Isnin ini, 2 Mei 2022.
Pengumuman tersebut diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
"Dengan ini saya mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022," kata Tan Sri Syed Danial mengisytiharkannya di saluran TV RTM, TV 1.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi turut mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Isnin, 2 Mei di negara itu.
"Isnin, adalah hari pertama Aidilfitri yang penuh keberkatan untuk tahun ini, dengan hari Ahad hari terakhir Ramadan,' lapor Saudi Press Agency, memetik kenyataan mahkamah diraja.
Negara-negara Teluk yang lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Bahrain juga telah membuat pengumuman yang sama.
Tarikh 1 Syawal ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar Hijrah. -AFP
(Foto Hiasan)