fb fb fb fb fb

Harga internet lebih murah menjelang September - Fahmi Fadzil

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 31 Julai - Kadar harga internet dijangka lebih murah menjelang September ini sebaik sahaja Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata dengan adanya MSAP, ia membolehkan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah berbanding kadar sedia ada.

Bagaimanapun katanya, kadar harga mungkin berbeza serta bergantung kepada pakej pelan yang ditawarkan penyedia perkhidmatan, khususnya syarikat telekomunikasi gergasi di negara ini.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Dia tidak ada angka yang spesifik sebab kita ada banyak model, banyak pelan jadi bergantung kepada pelan masing-masing tapi InsyaAllah semua penyedia perkhidmatan jalur lebar talian tetap akan mula memberikan pakej-pakej baru yang lebih murah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini.

Tambah Fahmi, dasar baharu "di mana ada jalan, di situ ada internet" akan diperkenalkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan akses internet dengan lebih meluas.

Beliau berkata dasar berkenaan yang akan diusahakan KKD bersama pihak seperti syarikat telekomunikasi gergasi akan dimulakan di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.

Media Baharu