KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi jaminan harga siling ayam stabil.
Jelas Pengarahnya, Ariffin Samsudin meskipun terdapat sedikit peningkatan antara 10 hingga 20 sen sekilogram pada dua minggu lalu, namun harga masih terkawal.
"Insya-Allah di Kuala Lumpur kami boleh katakan harga ayam stabil dan harga kebanyakan hari ini dijual dalam lingkungan RM9.50, RM9.40 dan harga itu masih boleh diterima pembeli-pembelilah. Ini bukan melalui tanggapan tetapi melalui perbualan yang kita dapat tadi walaupun kerajaan tidak meletakkan tanda harga kawalan pada harga ayam, tapi harga yang diterima adalah harga yang boleh diterima peniaga dan pembeli," kata Ariffin kepada pemberita ketika meninjau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pasar Chow Kit, di sini.
Tambahnya, lebih 100 pegawai ditugaskan setiap hari di 364 premis termasuk pasar utama bagi memantau kepatuhan peniaga terhadap 10 barangan yang dikawal.