fb fb fb fb fb

Hanya sembilan sungai di Johor dikategorikan tercemar

Foto hiasan/Foto RTM

JOHOR BAHARU, 9 Jun- Isu pencemaran sungai di Johor, menunjukkan trend positif dengan hanya sembilan sungai dikategorikan tercemar.

Ia berbanding 14 sungai tercemar yang direkodkan tahun lalu.  

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, perkembangan positif itu dicapai menerusi pelbagai inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan. 

Malah, kira-kira 300 tan sampah berjaya dikutip di Sungai Skudai dan Sungai Tebrau, sempena program Johor Bersih, tahun lalu.

"Melalui pelbagai inisiatif bukan sahaja kita memungut sampah malah melalui jabatan Alam sekitar daripada tindakan Penguatkuasaan yang ketara ataupun kita bekerjasama dengan pihak industri-supaya tidak melepaskan air kumbahan mereka dan banyak inisiatif kita lakukan oleh itu kita dapat berjaya mengurangkan sungai tercemar daripada 14 kepada sembilan", katanya demikian pada sidang media Program Johor Bersih di Sungai Skudai di sini.

Selain Johor, sungai tercemar turut dikesan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD