fb fb fb fb fb

Hampir 8,000 penduduk terjejas banjir di Johor

Keadaan banjir di Johor

JOHOR, 9 Januari- Bilangan penduduk terjejas di Johor meningkat kepada 7,933 individu setakat pukul 7.00 malam tadi.

Mereka kini masih berlindung di 53 buah pusat pemindahan sementara (PPS). 

Mengikut data yang dikemaskini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kota Tinggi kekal paling ramai penduduk terjejas banjir dengan 4,689 individu daripada 1,285 keluarga di 26 PPS.

Diikuti Johor Bahru, 1,751 orang daripada 471 keluarga di 12 PPS. 

Di Kluang, kira-kira 1,310 penduduk terjejas banjir daripada 388 buah keluarga berada di sembilan PPS.

Manakala daerah lain seperti Kulai kekal 86 individu, Segamat (75) dan Pontian (22).

Seentara itu, enam jalan di Kota Tinggi termasuk Jalan Sungai Telor, Jalan Semanggar dan satu jalan di Mersing serta dua jalan di Johor Bahru ditutup untuk semua jenis kenderaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI