fb fb fb fb fb

Hampir 1,900 atlet bakal berentap dalam Kejohanan Olahraga MSSM

SEREMBAN, 2 Oktober- Hampir 1,900 atlet daripada 16 kontinjen di seluruh negara bakal berentap dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Oktober depan.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin, pada kejohanan kali ini Negeri Sembilan buat kedua kalinya menjadi tuan rumah dan bakal menghantar seramai 89 atlet dalam 24 acara sukan yang akan dipertandingkan.

"Sudah tentu harapan kita lebih ramai lagi atlet dari Negeri Sembilan ini muncul di peringkat yang lebih besar pada masa akan datang kerana MSSM merupakan platform terbaik untuk kita mencungkil bakat baharu itu," kata Roslan pada sesi persediaan atlet MSSM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini.

Kejohanan akan diadakan di dua lokasi iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.


(Kejohanan akan diadakan di dua lokasi iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman dan
Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.)

Media Baharu