Hal ehwal rumah ibadat bukan Islam, bidang kuasa kerajaan negeri

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari– Hal ehwal pentadbiran agama dan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan diselaras melalui penubuhan jawatankuasa khas tadbir urus rumah ibadat bukan Islam di setiap negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hal ehwal pentadbiran agama dan tanah berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
  • Setiap negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelaraskan pengurusan rumah ibadat bukan Islam.
  • Tindakan bersepadu melibatkan PDRM, SKMM, MKN, PBT dan agensi lain untuk kes kompleks.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kesemua kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras pengurusan rumah ibadat bukan Islam mengikut keperluan dan konteks negeri masing-masing.

“Kesemua kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras perkara ini. Sebagai contoh, di Sarawak terdapat UNIFOR, di Pulau Pinang pula Jawatankuasa Penyelaras Rumah Ibadat Bukan Islam, di Selangor ada Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.”

“Di Perlis, terdapat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis manakala di Wilayah Persekutuan pula Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Rumah Ibadat Bukan Islam Wilayah Persekutuan. Secara keseluruhannya, semua negeri telah mempunyai jawatankuasa khas bagi tujuan penyelarasan ini,” kata Datuk Aaron di Parlimen, hari ini.

Tambahnya, 571 mediator komuniti telah dilantik di seluruh negara bagi mengendalikan isu perpaduan di peringkat tempatan.

Bagi kes yang lebih kompleks, tindakan bersepadu akan dilaksanakan dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi berkaitan lain.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan